Kem Kelab Obor 23-25 November 2009
Nur Fazillah bte Abdullah 2N2
Tahun lepas buat pertama kalinya saya menyertai Kelab Obor. Saya dapat mempelajari pelbagai perkara yang baru. Sebagai contoh, saya belajar bagaimana hendak menjadi wartawan dan perkara-perkara yang perlu wartawan buat. Saya juga dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Hari kedua merupakan hari yang paling menyeronokkan bagi saya. Saya telah pergi ke ’Body World’ di Pusat Sains Singapura. Saya suka pameran di ‘Body World’ sebab sungguh menarik. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang menemuramah Kunjung dan dapat juga mendengar suara Kunjung yang sungguh merdu. Saya harap saya dapat menyertai Kem Kelab Obor lagi.
Nur Syafiqah bte Mohamad Jamil 2N2
Hingga sekarang, saya masih tidak dapat melupakan pengalaman saya sewaktu menyertai Kem Kelab Obor tahun lepas. Kem Kelab Obor memberi kesempatan kepada para pelajar menjadi jurugambar, pereka hias dan wartawan. Kem tersebut diadakan di Singapore Press Holdings (SPH). Aku memilih untuk menjadi pereka hias. Aktiviti-aktiviti yang diadakan di situ tidaklah sukar. Pada hari pertama, saya benar-benar tidak tahu apa yang harus saya buat. Setelah diberi penjelasan baru saya faham. Sebelum kami pulang ke rumah, kami disuruh menyelesaikan tugas kami di rumah dalam masa dua hari. Pada hari kedua, kami diajak ke Pusat Sains Singapura untuk melihat pameran yang menunjukkan bagaimana tubuh-tubuh manusia dijadikan. Pameran itu sangat mengerikan tetapi saya tetap bersyukur kepada Illahi. Setelah itu kami bertemu dengan seorang artis Anugerah 2009 Kunjung. Pada hari yang terakhir, kami diberi masa untuk menyelesaikan tugas kami yang belum diselesaikan di rumah. Saya berasa amat seronok sekali dapat mengambil bahagian dalam kem itu.
Nur Amirah bte Sasman 3E1
Tahun lepas merupakan kali kedua saya menyertai Kem Kelab Obor. Kem Kelab Obor ini bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi dunia kewartawanan. Di samping itu saya juga dapat menyaksikan pameran ‘Body World’ di Pusat Sains Singapura. Perkara yang amat menarik bagi saya ialah saya telah diberi kesempatan menemuramah seorang bintang Anugerah iaitu Kunjung. Walaupun sesi temuramah itu agak pendek tetapi cukup bagi saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Menurutnya, untuk hidup berdikari di Singapura agak sukar namun kesukaran itu telah menjadikannya lebih kuat dan tabah menghadapi kehidupan. Menerusi kem itu saya mempelajari tentang tugas seorang wartawan, cara-cara menulis rencana di suratkhabar dan berpeluang juga membuat ramai kawan dari sekolah-sekolah menengah yang lain.
Nur Haslinda bte Samsir Alwi 3E1
Kelab Obor tidak pernah mengecewakan saya. Setia kali bengkel atau kem yang dianjurkan, ada sahaja aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah disediakan khas buat pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang penulisan atau sebagai pereka hias, juru kamera dan editor. Setiap pelajar juga akan diberikan peluang untuk menyerlahkan kebolehan masing-masing dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan minat atau tugasan mereka.
Saya telah mengambil bahagian dalam beberapa bengkel yang telah dianjurkan. Di setiap bengkel atau kem, saya dapat mempelajari pelbagai teknik dan cara kreatif untuk menulis sajak, cerpen dan laporan akhbar serta teknik-teknik mengambil gambar dengan baik untuk mendapatkan hasil yang menawan. Teknik-teknik lain termasuklah seperti mewawancara personaliti dalam sidang akhbar, menemuduga segala macam orang dan yang paling menarik kita juga diajar cara mereka surat khabar tetapi terdapat satu aktiviti yang paling saya gemari dan tidak sabar untuk program yang telah diatur khas buat para pelajar.
Program yang saya maksudkan tadi ialah, sesi wawancara bersama artis-artis yang berlainan setiap kali bengkel diadakan. Di antara personaliti yang diundang khas termasuk kumpulan duet yang sedang meletup sekarang, SLEEQ! Peragawati-peragawati juga pernah diundang. Dalam kem Obor yang terakhir saya hadiri pada bulan November yang lalu, Kunjung, naib juara pertandingan Anugerah 2009 telah hadir untuk menjawab segala soalan yang telah diajukan oleh para wartawan ‘junior’ yang telah menyediakan pelbagai soalan yang pedas dan ada yang tidak terlintas di benak fikiran kita pun.
Pasti ramai di antara anda yang pernah mendengar tentang pameran Dr Von Hugens ‘Body Worlds & The Cycle of Life, The Originals’ yang sedamg berlangsung sekarang di Pusat Sains Singapura di Jurong East. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah diberikan peluang keemasan untuk menyaksikan sendiri pameran yang menakjubkan itu secara percuma! Mayat-mayat yang digunnakan kelihatan seperti mereka sedang memerhatikan kami. Dari pintu masuk hingga ke pintu keluar, setiap organ yang saya lihat memang amat mengerikan tetapi pada waktu yang sama semuanya kelihatan hebat dan benar-benar membuka mata saya tentang apa yang akan terjadi setiap kali umur kita meningkat.
Pameran itu juga membuat kita sedar akan bahayanya merokok, kebaikannya jika kita selalu melakukan senaman seperti Tai Chi dan banyak lagi. Setelah mendapat segala maklumat dan gambar-gambar yang menarik, kami semua ditugaskan untuk menghasilkan senaskah akhbar terbitan kami sendiri.
Saya, Amirah, Syafiqah dan Fazilah membuat akhbr terbitan kami sambil terbaring-baring di lantai Auditorium SPH (Singapore Press Holdings). Kami membuatnya bermati-matian dan akhirnya kami berjaya menghabiskan akhbar kami yang unik dan menarik.
Malangnya, kami tidak memenangi sebarang hadiah tetapi hadiah yang paling berharga buat saya ialah kem ini memberi peluang bagi saya mengeratkan lagi persahabatan kami walaupun saya baru mengenali Fazilah dan Syafiqah. Saya juga dapat bertemu dengan teman lama yang sudah enam tahun tidak bertemu dan berkenalan dengan teman-teman baru dari pelbagai sekolah menengah di merata Pulau Temasek ini. Di antaranya ialah Sekolah Menengah Perempuan Raffles, Sekolah Menengah Admiralty dan Sekolah Menengah Mayflower.
0 comments:
Post a Comment