Termly News-zine of Si Ling Secondary School Mother Tongue Department. Explore our expeditions and happenings!















Friday, February 26, 2010

Perbezaan belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah



Shahrul 1N3

Saya gembira belajar di Sekolah Menengah Si Ling kerana cara guru-guru mengajar sungguh menarik dan berkesan. Perbezaan belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah ialah di sekolah menengah kami semua belajar di kelas yang sama kecuali untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi berlainan pula halnya di sekolah menengah. Di sekolah menengah kami belajar di kelas yang lain untuk beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, DNT, Homec dan Lukisan.

Yu Sini 1N4

Pada hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Si Ling, saya berasa sangat kekok kerana saya tidak pernah belajar di sekolah di Singapura. Sekolah ini amat berbeza berbanding dengan sekolah saya di Malaysia. Antara perbezaan itu ialah sistem pembelajaran yang lebih baik dan taraf ujian yang lebih tinggi. Sekolah di Singapura juga lebih mengutamakan kesihatan tanpa mengabaikan pelajaran para pelajar.


Theng Poh Ying 1N4

Saya berasa amat risau pada hari pertama bersekolah di Sekolah Menengah Si Ling kerana saya tidak mempunyai kawan. Mujurlah akhirnya saya dapat juga mengenali beberapa orang rakan yang membuat saya berasa selesa. Saya dapati terdapat dua perbezaan belajar di sekolah di Singapura dan di Malaysia. Pertama, di sini terdapat lebih banyak aktiviti ko kurikulum yang menyeronokkan. Kedua, sistem pembelajaran di sini juga lebih baik.

Nur Khairunnisa Aqilah 1N5


Pertama, pelajaran di sekolah rendah mudah difahami manakala pelajaran di sekolah menengah lebih susah dan kita perlu mengambil lebih banyak subjek. Kedua, saya sudah biasa dengan keadaan sekeliling di sekolah rendah saya. Keadaan di sekeliling dan kemudahan di sekolah menengah banyak berbeza. Saya perlu menyesuaikan diri. Ketiga, saya tidak perlu menghadapi banyak cabaran semasa di sekolah rendah. Cabaran di sekolah menengah dua kali ganda berbanding sekolah rendah. Ini termasuk aspek pelajaran, disiplin serta pergaulan dengan rakan-rakan.

0 comments:

Post a Comment

常年颁奖典礼

常年颁奖典礼
颁奖典礼抢先报道!

2010年教师节回忆录

2010年教师节回忆录
不一样的教师节

PERMAINAN BAHASA ‘FIKIR-FIKIR’

 
SSLang. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.