SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KE-30 SEKOLAH MENENGAH SI LING 16/4/2010
Sekolah Menengah Si Ling telah menyambut Hari Ulangtahun ke-30 pada 16 April 2010. Tetamu terhormat pada hari itu ialah Puan Yu Sing Tong, Naib Pengarah Kelompok Sekolah Utara.
Pada hari Jumaat itu, saya telah ditugaskan oleh guru saya untuk memperkenalkan cara menggunakan teknik 5W1H kepada beliau. Tahun lalu, guru-guru Bahasa Melayu telah menggunakan teknik ini untuk Kajian Tindakan mereka.
APAKAH ITU TEKNIK 5W1H?
Pada mulanya saya jadi keliru sebentar kerana sememangnya saya lemah apabila disuruh membina ayat. Setelah diajar teknik 5W1H ini saya bertambah yakin apabila membina ayat.
Pada dasarnya teknik 5W1H ini ialah cara membina ayat dengan lebih jelas.
5W ialah what – apa
why – kenapa
where – di mana
when –bila
who - siapa
1H ialah how – bagaimana
Dalam membina ayat, pelajar harus menerapkan teknik 5W 1H ini agar ayat-ayat mereka lebih jelas kerana berjaya menerangkan makna perkataan atau frasa yang diberikan.
Contoh ayat: Adam pelajar yang pintar.
Ayat ini tidak menerangkan makna pintar.
Setelah menggunakan teknik 5W1H
Contoh ayat: Adam pelajar yang pintar kerana dia lulus peperiksaannya dengan cemerlang.
Barulah ayat tadi menjadi lebih jelas dan bermakna!
PENGAJARAN TEKNIK 5W1H SEWAKTU DIJALANKAN DI KELAS.
GURU MENGAJUKAN SOALAN KEPADA PARA PELAJAR SUPAYA MEREKA BENAR-BENAR FAHAM.
PARA PELAJAR GHAIRAH UNTUK MENJAWAB SOALAN.
PARA PELAJAR BERKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN MEREKA APA YANG TELAH DIPELAJARI.
PARA PELAJAR MENJELASKAN KEPADA RAKAN-RAKAN MEREKA PERBEZAAN DI ANTARA AYAT 1 DAN AYAT 2.
PARA PELAJAR DIBERIKAN LEBIH BANYAK LATIHAN.
PARA PELAJAR MEMBINA AYAT MEREKA SENDIRI BERPANDUKAN TEKNIK 5W1H.
HEM….. CIKGU KATA AYAT MESTI JELAS.
BERBINCANG SECARA BERKUMPULAN
SYABAS!PARA PELAJAR KINI LEBIH YAKIN DENGAN BINAAN AYAT-AYAT MEREKA.
0 comments:
Post a Comment