Termly News-zine of Si Ling Secondary School Mother Tongue Department. Explore our expeditions and happenings!















Friday, September 17, 2010

PERMAINAN BAHASA ‘FIKIR-FIKIR’

Guru-guru bahasa Melayu telah menjalankan permainan bahasa ‘Fikir-fikir’ bagi tujuan untuk merangsang minat para pelajar dan meningkatkan penguasaan bahasa ibunda mereka, khususnya dari segi penambahan kosa kata mereka.

Para pelajar yang terlibat terdiri daripada menengah 1 hingga 2 sahaja.

Peraturan Umum
Bahasa Melayu harus digunakan sebagai bahasa perantaraan.
Perkataan yang diteka tidak boleh disebut sebagai pembayang.

Setiap jawapan tepat diberi satu markah
Pengambilan kad selanjutnya dibenarkan jika tempoh belum tamat
Penukaran kad dihadkan kepada dua kali setiap pusingan

Cara Permainan A
Pemain 1:
Teka 5 patah perkataan yang tersenarai
Pemain 2:
Nyatakan tema/pembayang umum sebelum pusingan bermula
Berikan pembayang maksud bagi setiap perkataan yang tersenarai

puteri lilin

panas
payung
peluh
tahan
matahari

papan kekunci
komputer
taip
bersembang
huruf
jari

Cara Permainan B

Pemain 1
Teka perkataan di bahagian atas (pembayang)
Pemain 2
Berikan pembayang dengan menggunakan perkataan sahaja
Gunakan 5 patah perkataan yang tersenarai sebagai pembayang permulaan

rumput
hijau
padang
lalang
potong
kambing


Menengah 2 Ekspres 3 pasangan bersaing…


Macam mana aku nak jelaskan???

Perempuan letak apa di bibir???

Duit???
Kalau kita menang lumba lari, kita dapat apa?

Seerti dengan muka apa?

Aku nak jawab!!!!

Menengah 1 Normal Akademik dibahagikan kepada 2 kumpulan – A & B

Hmm…apa agaknya perkataannya?


Alamak, susahnya! Cikgu tolong saya…

Kita hari-hari pergi mana?

Aku tak faham apa kau cakap…

Menengah 1 Normal Akademik kumpulan B



Menengah 2 Normal Teknikal

Yang warna hijau apa?

Betul!

Cepatlah jawab!

Hijau, merah, biru…Itu semua apa?

0 comments:

Post a Comment

常年颁奖典礼

常年颁奖典礼
颁奖典礼抢先报道!

2010年教师节回忆录

2010年教师节回忆录
不一样的教师节

PERMAINAN BAHASA ‘FIKIR-FIKIR’

 
SSLang. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.